Monday, February 1, 2010

Jadikan pertemuaan dengan doktor mengenai mengandung sebahagian
daripada persediaan awal..

Permakanan dan kesihatan perlu diambil berat dan perhatian.

*** Persediaan Minda ***

Persediaan minda perlulah daripada awal. Apabila disebut sahaja
mengandung ia boleh menimbulkan stres dan tekanan kepada pasangan
suami isteri.

Mengandung dan mempunyai anak adalah satu perubahan besar dalam
hubungan suami isteri.

Jangan Stres dan tertekan. Tiada sekolah boleh mengajar anda tentang
mengandung dan anak-anak melainkan diri anda sendiri. Belilah buku-
buku yang bersesuaian, tanyalah pada ibu bapa anda atau pasangan-
pasangan lain. Baik dan buruk, anda dan pasangan anda perlu nilaikan.
Ambil yang baik dan pelajari daripada yang buruk untuk menjadikan anda
dan suami anda lebih baik dalam perkara ini.

Memang benar apabila anda lihat keluarga dan anak-anak, memang nampak
kelam-kabut, hiruk-pikuk, susah payah, penat lelah mengejar, tidak
tidur malam, bertekak, menjerit dan pelbagai lagi.

Akan tetapi ia diubat dengan senyum anak-anak, ketawa mereka, kata-
kata I love u papa dan I love u mama, Sayang ayah dan sayang ibu,
sayang ayah dan sayang ummi dan sayang mami...

Tiada apa dalam dunia boleh membayar semua itu.

Usaha untuk mengandung juga tidak boleh stres dan rasa tertekan.
Jangan stres dan tertekan. Ingat ya, semakin stres dan tertekan
semakin susah untuk lekat ... Pergilah bercuti dan berjalan-jalan
tempat-tempat cantik dan melegakan. Tidak perlu jauh-jauh, dalam
Malaysia ini banyak tempat menarik.

Usaha untuk mengandung adalah usaha bersama dalam keadaan tenang dan
indah ...

Ada pasangan suami isteri perlu mengambil keputusan menangguh dahulu
rancangan mengandung. Perkara ini perlu dibincang bersama sebaik-
baiknya. Apabila anda mendirikan rumah tangga badan seorang wanita mula bersedia untuk
mengandung.

walaupun belum ada bukti saintifik hanya berdasarkan
pemerhatian, ia boleh membuat badan wanita merajuk, apabila merancang
untuk menangguh dahulu untuk mengandung. Merajuk ini mungkin sekejap,
mungkin lama. Sebab itu penting, wanita perlu menjaga kesihatannya.
Sekiranya menangguhkan masa untuk mengandung, janganlah kesihatan yang
melibatkan permakanan yang menyihatkan. Makan multi vitamin dan sayur-
sayuran.

Bagi penulis, cara memujuk, jika lambat mengandung, adalah dengan
membaca buku-buku mengandung, berbincang secara terbuka dan tenang
dengan suami tentang mengandung, mengambil permakanan yang sesuai
untuk ibu mengandung seperti susu ibu mengandung dan kaitkan diri
dengan perkara-perkara mengandung boleh memberi isyarat kepada badan
wanita untuk bersedia untuk mengandung.

Malah ada petua, hubungan seksual untuk tujuan mengandung perlu
dimulakan dengan persediaan awal. Pilihlah hari yang sesuai, iaitu
hari wanita dijangka subur, pilihlah tempat yang sesuai dan selesa,
cukup rehat dan yang penting nyatakan dengan kata-kata sepanjang hari
hubungan seksual malam ini untuk mengandung.

dan sekiranya usaha untuk mengandung itu lebih daripada dua tahun,
atau bila-bila masa pun jika merasa risau. Berjumpalah dengan doktor
anda atau berhubungan dengan LPPKN.

Jangan lama berasa kecewa, sekiranya gagal mengandung. Lepaskan rasa
kecewa itu dan usahakan semula.

*** Perubahan Fizikal ***

Apabila wanita melakukan hubungan seksual ia juga adalah isyarat
kepada diri wanita itu sendiri, untuk bersedia untuk mengandung.
Antara perubahan adalah buah dada mula membesar dan merasa badan mula
naik, perubahan ketara dirasa di punggung dan paha. Perubahan itu ada
sebabnya.

Buah dada bersedia untuk menyusu bayi. Penambahan saiz bahagian
punggung dan paha adalah himpunan lemak baik, atau DHA yang akan
digunakan dalam membentuk otak bayi dalam kandungan. Perubahan dan
persediaan yang perlu dilakukan awal sebelum rancangan mengandung. Ia
mengambil masa untuk badan wanita mengumpulkan jumlah khasiat yang
diperlukan. 3 ke 4 bulan sebelum mengandung, permakanan tambahan
seperti multivitamin, susu dan makanan sihat perlu dimulakan.

*** Permakanan Tambahan ***

Ya jangan malu untuk bersedia. Walaupun belum sampai masa, minum susu
untuk ibu mengandung menyediakan wanita untuk mengandung. Bukan sahaja
untuk kesihatan bayi dalam kandungan malah untuk kesihatan ibu.

Susu ibu mengandung bukan sepatutnya diambil sewaktu mengandung, malah
ia sepatutnya diambil sebelum mengandung lagi. 2 3 bulan sebulan
mengandung dan sehinggalah selepas bersalin. Pengambilan susu untuk
ibu mengandung selepas bersalin memastikan anak yang menyusu badan
masih terus mendapatkan khasiat yang diperlukan.

Penekanan perlu dibuat untuk zat-zat berikut sewaktu mengandung.

Asid folik yang penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan
terutamanya saraf tunjang, bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula
dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekan sebelum mengandung.
Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi
dalam kandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam
badan, maka pengambilan berkala perlu dilakukan. Kebanyakan roti
dipasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini.

*** Kalsium ***

Kalsium diperlukan oleh ibu. Bayi dalam kandungan mendapatkan kalsium
daripada ibunya sepanjang masa dalam kandungan. Akibatnya ibu akan
mengalami ketegangan urat kaki, sakit gigi gusi dan risiko tulang
rapuh bila meningkat usia. Mengambil kalsium daripada awal membolehkan
badan membuat simpanan awal dalam tulang dan ia turut membantu
menguatkan tulang. Minum susu dan jika anda yang tidak selera dengan
susu, pil kalsium boleh didapati difarmasi.

*** Zat besi ***

Sewaktu mengandung kandungan darah dalam diri ibu bertambah daripada
jumlah biasa. Penambahan ini meningkatkan permintaan terhadap zat
besi, salah satu faktor bagi pembentukan sel darah merah darah.
Ambillah permakanan yang kaya dengan zat besi.

Asik Folik, Zat Besi dan DHA memang telah tersedia dalam susu untuk
ibu mengandung dan multi vitamin.

*** DHA ***

Bagi wanita yang ingin meningkatkan kandungan DHA dalam simpanan
badan, makanlah minyak ikan sama ada dalam bentuk pil atau cecair. DHA
banyak terdapat dalam minyak ikan. Ada terdapat pelbagai jenama pil
dan cecair minyak ikan yang bersesuaian. Tanyalah farmasi bagi minyak
ikan yang sesuai untuk ibu mengandung.

*** Elakkan Kacang Soya ***

Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin
mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama.

No comments:

Post a Comment

My Little Family *Sha & Atie* Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal