Pada 09-09-03 adalah hari first aku kuar sesama ngan suamiku sekarang kat KLCC secara couple...hehe..sebelum ni, kami hanya kawan..kawan masa form 1 lagik, tapi tak baik sgt..start baik masa form 4...date yang pertama pum still kawan gak..wpun masa tu..aku ada la gak suke dia sbb dia baik..tapi tak lebih dari seorang kawan..dia pum sama gak..perjalanan persahabatan berjalan dengan baik..
Pada 10-10-03,..ntah mcm mana..leh tercouple betul2..aku pun tak ingat mcm mana leh jadi..tapi,bila aku pikir balik..aikkk..aku ni dah couple ngan Mohamad Shaffiq Rozak ke??mcm mana leh tercouple tetiba ni..biar lah..aku pun bkn ada couple lain pun..hahaha..blum cuba blum tau kan??..mana tau ada keserasian antara kami...perjalanan percintaan..cehhh..berjalan dengan ok dan baik... tapi ada la sikit2 gaduh kecik ngan gaduh besar..huhu..susah gak aku nak maafkan dia..tapi aku cuba untuk lupakan untuk kehidupan yg lebih ceria n indah..
Pada 24-10-08,..kami disatukan dengan ikatan yang sah..aku hepi sgt..suami pun sama..kami berjanji akan bersama2 wpun susah @ senang..aku bahagia sgt..majlis perkahwinanan berlangsung secara sederhana tapi meriah gak untuk kami..cukup untuk kami kenangkan sampai bila2..yang penting,,perkahwinan kami atas usaha kami berdua..sanggup ikat perut tu..hehe..Alhamdullilah,.kami bahagia sgt..mcm baru semalam kami kawin..Alhamdulillah..
pada 05-12-08...detik gembira bagi kami suami isteri apabila melalui pracnancy test..result +ve..pracnant dalam 5 minggu..Ya-Allah, mcm tak percaya secepat tu..hikhik..mmg kami tak merancang apa2 pun..kami nak baby secepat mungkin..tak sabar nak ada baby sendiri..
Detik "40 Minggu Nan Indah"..memang indah pun aku rasa..nak bergelar ibu dah aku..terasa mcm baru berlalu zaman kanak2 ku yang meriangkan tu berlalu..huhu..Semakin hari, semakin besar dan bulat perutku..semakin lama usia kandungan, semakin aku terasa gerakkan baby yang active..bila buat altrasound..aku hepi sgt tengok baby sihat n active...ada kalanya baby gigit jari..cute sesangat..bertambah hepi bila tahu baby kami lelaki..sonok sgt suamiku masa tu..suami ckp, terima kasih mama..papa tak kisah pun, anak laki atau pempuan, asalkan mama ngan baby kita selamat dan sihat...aku senyum..sume ibu bapa harap benda yang sama..
Pada 05-08-09,..perut aku sakit sgt2....masa tu jam 10++ pm..mcm2 ada tanda nak bersalin..ringkasan citer..aku selamat melahirkan baby boy yang comel sgt pada 06-08-09 ; 0615 pm di HUSM..berat 3.24kg..Nasib kami tak baik..baby kami ada problem...baby kami lemas masa dilahirkan..
Pada 08-08-09,...bayi kami telah meninggalkan kami pada jam 1050 am semasa dipangkuanku sebagai seorang ibu..musnah harapan aku untuk melihatnya dewasa di depan mata...permergian bayiku diiringi dengan bacaan kalimah suci oleh suamiku..aku tahu, bayiku pergi dengan cara yang cukup aman..betapa bayiku bertuah kerana menjadi umat pelihan-Nya untuk ditempatkan di Syurga..Bayi yang tiada secalik noda dan dosa...putih dan bersih..wajahnya cukup berseri..
Aku relakan bayiku pergi dulu..aku tahu, disana adalah tempat yang terbaik untuknya..bayiku aman,sihat sejahtera disana..bayi yang menjadi pilihan-Nya..
Kenangan yang tidak mungkin dilupakan...08-08, 09-09, 10-10
No comments:
Post a Comment